ALOR SETAR, 2 Nov 20 – Seramai 26 orang Pegawai serta 80 orang anggota LLP dan anggota Tadbir Awam Kolej Tentera Udara telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komandan KTU yang diadakan secara sidang video di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara.
Majlis Serah Terima Tugas di antara Mej Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dengan Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Sendayan.