GONG KEDAK, 6 Apr 23 – Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kol Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM telah mengadakan Sesi Dialog Pegawai Memerintah bersama anggota bertempat di Auditorium Sekolah Sistem No 12 Skuadron. Seramai 110 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) No 12 Skuadron menghadiri sesi dialog bagi kali ini.
Sesi dialog pada kali ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama bersama Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) manakala sesi kedua bersama Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR). Sesi dialog yang berlangsung selama 2 jam ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara Pegawai Memerintah dan anggota No 12 Skuadron disamping mengenal pasti sebarang permasalahan berkaitan isu kebajikan, keselamatan dan kesihatan di kalangan anggota. Di samping itu, beliau juga menekankan aspek nilai teras yang telah diperkenalkan sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan.
Di akhir sesi dialog ini, beliau memberi kata-kata semangat kepada ke semua anggota untuk sentiasa berada pada tahap moral yang terbaik dan bersama-sama menjadikan No 12 Skuadron sebuah institusi yang dipandang tinggi dari segenap aspek. Beliau juga mendorong ke semua anggota agar sentiasa positif dan komited di dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi.