Select your language

SESI DIALOG KETUA STAF OPERASI DAN KESELAMATAN MARKAS REJIMEN TUDM (MAREJ) BERSAMA WARGA SKN 222 HANDAU

WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.08 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.07 1 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.07 2
WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.07 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.08 1 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.08 2
WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.08 4 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.09 WhatsApp Image 2026 09 22 at 08.53.09 1

 

ALOR SETAR, 18 September 2026 – Ketua Staf Operasi dan Keselamatan Markas Rejimen TUDM (MAREJ), Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM telah mengadakan sesi dialog bersama warga SKN 222 HANDAU di Auditorium Sekolah Latihan Pegawai (SLP).

Turut hadir ialah Pegawai Staf 1 OPKES & OPKHAS, Lt Kol Hj Mohd Abdullah bin Mohd Zainudin TUDM serta Ketua SKN 222 HANDAU, Mej Mohd Shahir bin Sharibudin TUDM. Sesi ini turut disertai oleh seluruh warga SKN 222 HANDAU dan jurulatih SLP.

Sesi dialog ini menjadi wadah komunikasi secara langsung antara kepimpinan MAREJ dengan warga pasukan, di samping mengeratkan hubungan serta memperkukuh persefahaman dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada dua anggota yang telah mengharumkan nama SKN 222 HANDAU melalui pencapaian cemerlang sepanjang mengikuti kursus iaitu LU I Muhammad Naim bin Abu Bakar yang meraih Anugerah Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Tetuan Siri 12/26 serta LU II Azmin Suhayl bin Ahmad Sabri yang dinobatkan sebagai Penuntut Kursus Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 38/26.

Selain itu, majlis turut meraikan Kpl U Muhammad Zhenddy bin Salim atas kelahiran cahaya mata pertama beliau.

Warga SKN 222 HANDAU merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM atas kesudian meluangkan masa untuk menyampaikan amanat serta berdialog bersama warga pasukan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN