SERAH TERIMA TUGAS AKS A7

DSC 0068 DSC 0088 DSC 0095

 

SUBANG, 30 Oktober 2020 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Jabatan Eksesais (AKS A7) bertempat di Foyer, MPOU.

Upacara serah terima tugas di antara Kol Yusri bin Jamari TUDM dengan Lt Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM ini turut disaksikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM.

Seluruh warga A7 mengucapkan terima kasih kepada Kol Yusri bin Jamari TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan AKS A7 dan tahniah juga kepada Lt Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM yang diamanahkan untuk memangku tugas AKS A7.

Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.