SEMINAR UNDANG-UNDANG GOLF 2023 ANJURAN PERSATUAN GOLF TENTERA UDARA

2 1 5
3 4 6
12 9 10

 

SUBANG, 31 Jul 23 – Persatuan Golf Tentera Udara (PGTU) buat julung kalinya telah menganjurkan Seminar Undang-undang Golf 2023 bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan Udara Subang. Penganjuran seminar ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pemain-pemain golf TUDM terdiri daripada markas-markas dan pangkalan-pangkalan berkenaan undang-undang dan peraturan baharu yang telah diperkenalkan oleh R&A (Royal and Ancient) bagi tahun 2023.

Pengerusi PGTU, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM telah memberikan taklimat berkenaan undang-undang golf tahun 2023 kepada 25 orang peserta yang terlibat. Diharap dengan penganjuran seminar sebegini dapat mempertingkatkan pengetahuan para pemain dengan undang-undang yang betul dan terkini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer