Select your language

SEMINAR PENGURUSAN KELUARGA, KESIHATAN MENTAL & KEWANGAN PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING TAHUN 2026

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 23 Mei 26 – Seminar Pengurusan Keluarga, Kesihatan Mental dan Kewangan Peringkat Pangkalan Udara Kuching Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Seminar ini telah dianjurkan oleh MTU-Perkhidmatan (Seksyen Pengurusan Psikologi) dengan penyertaan pegawai dan anggota beserta pasangan. Turut hadir dalam seminar ini adalah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM bersama isteri, Puan Noridah binti Ahmad @ Othman.

Sesi pertama seminar bertajuk “Belajar Mendengar, Bukan Hanya Menjawab: Kunci Kesihatan Mental Dalam Rumahtangga” telah disampaikan oleh Lt Kol Darmawaty binti Mohd Najib, Pegawai Staf 1 Psikologi Ketenteraan MK PMTTD, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Taklimat tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan komunikasi yang baik serta penjagaan kesihatan mental dalam menjamin kesejahteraan keluarga.

7 8 9
9 10

 

Sesi kedua pula telah disampaikan oleh Mohd Syafiq Densen bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Psikologi), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menerusi tajuk “Bajet Cukup, Hati Pun Lega: Panduan Kewangan Untuk Pasangan”. Ceramah ini memberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak sebagai kunci kebahagiaan dan kestabilan dalam kehidupan berkeluarga.

Sepanjang seminar berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan perkongsian bermanfaat berkaitan pengurusan keluarga, penjagaan kesihatan mental serta pengurusan kewangan yang berhemah dalam kehidupan seharian. Keseimbangan antara aspek keluarga, mental dan kewangan merupakan asas penting dalam membentuk kehidupan yang stabil, harmoni dan berkualiti.

Diharapkan seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi panduan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat membantu melahirkan keluarga yang harmoni, masyarakat yang sejahtera serta individu yang lebih cemerlang dari aspek emosi dan kewangan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN