BANGI, 4 Sep 2020 - Seminar Kejuruteraan TUDM 2020 anjuran MTU-Kejuruteraan telah berlangsung di Bangi Resort Hotel, Selangor pada 2 September hingga 4 September 2020 dan dihadiri seramai 71 pegawai kanan Kejuruteraan TUDM dari pelbagai peringkat seluruh Malaysia.
Seminar ini telah membincangkan beberapa isu semasa dan cabaran masa hadapan bagi mempersiapkan Bahagian Kejuruteraan untuk mendukung Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55).
Majlis perasmian dan penutup seminar telah disempurnakan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato' Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM.