SEMAKAN ASET ALIH DAN TAK ALIH DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 8754 DSC 8756 DSC 2847
DSC 8789 DSC 8799 DSC 8817
DSC 8833 DSC 8856 DSC 8871

 

GONG KEDAK, 29 Okt 24 – Semakan Aset Alih dan Tak Alih di Pangkalan Udara Gong Kedak telah dilaksanakan oleh Bahagian Akuan Kementerian Pertahanan Malaysia. Ketibaan Tim Semakan yang diketuai oleh Encik Mohd Asri bin Mat Nun dan delegasi telah disambut oleh barisan eksekutif pangkalan bagi mewakili Komander Pangkalan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat semakan secara fizikal dan mendapatkan status terkini terhadap aset di PU Gong Kedak. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk Bahagian Akaun membuat semakan terhadap bangunan dan tanah di kawasan pangkalan bagi memastikan pelaporan di Penyata Kewangan adalah tepat.

Sebaik ketibaan, Tim Semakan dan deligasi dibawa ke Bilik Mesyuarat No. 12 Skn bagi mendengar taklimat berkenaan Aset Alih Dan Tak Alih yang terdapat di pangkalan ini yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Material, Lt Kol Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM.

DSC 8900 DSC 8965 DSC 8978
DSC 9002 DSC 9081 DSC 9088

 

Seusai sesi taklimat, Tim Semakan telah dibawa melawat ke lokasi aset alih bermula dengan Pusat Simulator Su-30MKM dan kemudiannya ke Hangar No. 12 Skuadron bagi melihat pesawat Sukhoi Su-30MKM secara fizikal. Setelah itu, Tim semakan dan deligasi lawatan telah dibawa melawat ke runway bagi melihat Barrier Arresiter System dan Instrument Landing System dan seterusnya ke Cawangan Bomba bagi melihat Rit Spartan Fire Tender.

Seterusnya, lawatan diteruskan dengan melawat ke kawasan domestik bagi melihat aset tak alih. Tim Semakan dan deligasi lawatan turut mengambil peluang singgah ke Pandang Puteri untuk menyaksikan pemandangan seluruh pangkalan dari Bukit Puteri sebelum menuju ke Majlis Makan Tengahari di Wisma Perwira Pangkalan. Di kemuncak acara, agenda diteruskan dengan pertukaran momento dan cenderahati antara PU Gong Kedak dengan Ketua Tim Semakan sebelum mengakhiri lawatan dan bergerak pulang.