SAREX MALSING UJI KESIAGAAN TIM MENCARI DAN MENYELAMAT TUDM DAN RSAF

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

PULAU JURONG, 9 Nov 23 - Search and Rescue Exercise Malaysia and Singapore 2023 (SAREX MALSING 23) telah dilaksanakan secara Latihan Medan atau Field Training Exercise (FTX) di kawasan perairan berhampiran Pulau Jurong, Singapura.

Dalam simulasi latihan ini, pasukan mencari dan menyelamat atau Search and Rescue (SAR) telah diaturgerak sejurus mendapat isyarat kecemasan daripada pesawat. Tim tersebut digerakkan menggunakan helikopter EC725AP daripada No 10 Skuadron TUDM dan H225M dari No 125 Squadron, Republic of Singapore Air Force (RSAF). Tim ini dikehendaki menjalankan misi SAR di kawasan terakhir isyarat kecemasan diterima dan sekitar radius berhampiran. Mangsa diselamatkan menggunakan prosedur wet hoisting menggunakan helikopter dengan bantuan penyelamat Combat Air Rescue (CAR) daripada Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan No 125 Squadron RSAF. Mangsa seterusnya dibawa ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Latihan secara keseluruhannya berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Eksesais kali ini berjaya mencapai objektif dalam membentuk kesefahaman bagi pelaksanaan misi SAR dan menjadi bukti kebolehoperasian di antara TUDM dan RSAF. Selain daripada itu, eksesais kali ini juga membuka peluang kepada pasukan SAR bagi kedua-dua angkatan udara untuk berkongsi ilmu dan kaedah dalam pelaksanaan misi SAR.