PENANG, 11 JUN 24 - Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan (ITSBL), Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Safety Visit ke Penjara Pulau Pinang yang merupakan salah satu aktiviti keselamatan unit bagi tahun 2024.
Lawatan ini dihadiri seramai 51 pegawai dan anggota ITSBL, peserta kursus Explosive Ordnance Disposal (EOD) serta Armament Specialist Course (ASC) telah diberikan pendedahan oleh SM Ahmad Fesal bin Noor (Penolong Keselamatan dan INTERLIGEN), berkenaan sistem tapisan keselamatan penjara, kesalahan-kesalahan yang dikenakan hukuman dan sistem sebatan rotan yang dikenakan kepada pesalah-pesalah.
Lawatan tersebut juga bertujuan bagi merapatkan hubungan di antara dua pihak dalam memberi cambahan idea dan pendapat dalam meningkatkan keselamatan di tempat masing-masing dari segi teknologi serta kepakaran yang sedia ada. Tambahan pula, dengan adanya lawatan ini dapat memberikan kesedaran yang berguna dan dapat membantu pihak TUDM dalam membentuk anggota yang lebih berdisiplin
Di akhir lawatan, Mej Mohd Sukri bin Md Zainun TUDM selaku wakil Pegawai Memerintah ITSBL TUDM telah memberikan cenderahati kepada TPP Awang Hazizan bin Hasbi, Pegawai Keselamatan dan INTERLIGEN sebagai tanda terima kasih di atas kesudian menerima lawatan daripada pihak TUDM.