KUANTAN, 29 Julai 22 – Pangkalan Udara Kuantan menyahut seruan pucuk pimpinan TUDM dengan penganjuran RMAF 10 KM Challenge yang diadakan di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan. Program ini melibatkan seramai 867 penyertaan dari warga Pangkalan Udara Kuantan dan juga warga INSPRA pada kali ini.
Objektif utama penganjuran program adalah bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM bagi mengekalkan kecergasan.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Angkasa sebelum latihan pemanasan badan dijalankan. Seterusnya, pelepasan peserta bagi Larian “RMAF 10 KM Challenge” disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Latihan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM.