PROJEK BARE BASE TUDM BINTULU TINGKATKAN KEUPAYAAN PERTAHANAN UDARA DI MALAYSIA TIMUR

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA LUMPUR, 27 November 24 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan Majlis Perlantikan Pengarah Projek dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Bare Base TUDM Bintulu bertempat di Menara Kerja Raya.

Projek Pembinaan Bare Base Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan ke-2 (RMK12 RP2) dan perancangan pelaksanaan projek telah bermula pada Ogos 2021. Projek ini akan dibangunkan di kawasan berhampiran dengan kawasan Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak berkeluasan 48 hektar dan pelaksanaan akan bermula pada bulan November 2024 serta dijadualkan dapat disiapkan pada bulan Mei 2028.

Pembinaan projek ini adalah untuk mewujudkan pangkalan udara asas dengan fasiliti yang mencukupi bagi menampung keperluan operasi yang optimum dengan menggunakan keanggotaan dan aset ketenteraan sedia ada selari dengan konsep Pangkalan Operasi Berkala (POB). Pelaksanaan projek ini berupaya meningkatkan perlindungan optimum terhadap kepentingan pertahanan udara di Malaysia Timur.

Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir.Roslan bin Ismail.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer