LABUAN, 6 Sep 23 - Sel Pendidikan PU Labuan telah mengadakan Program Skim Penabungan Anak-anak Angkatan Tentera Malaysia Rukun Kelima (SPARK) melibatkan semua anak-anak pegawai anggota ATM yang beragama Islam di Dewan Wawasan Sekolah Dalam Kem iaitu SK Membedai. Program kolaboratif yang diadakan ini hasil kerjasama diantara Jabatan Arah Pendidikan, Yayasan LTAT dan Lembaga Tabung Haji.
Program SPARK yang ditawarkan ini bertujuan untuk memastikan setiap anak ATM yang beragama Islam mempunyai akaun dan simpanan di TH. Bagi merealisasikan perkara berikut, LTAT akan menyumbang dana sebanyak RM50 secara ONE-OFF kepada setiap anak- anak ATM yang bersekolah di dalam kem. Bagi siri 2 ini seramai 59 orang telah membuka akaun Tabung Haji di Sk Membedai. Staf Lembaga Tabung Haji Cawangan Beaufort telah hadir untuk membuka 2 kaunter bagi menjayakan program ini.