PROGRAM SENI KEIBUBAPAAN (PARENTING SKILLS) MELAHIRKAN IBUBAPA YANG HEBAT DAN ANAK YANG CEMERLANG

IMG 20201023 WA0074 IMG 20201023 WA0069 IMG 20201023 WA0062
IMG 20201023 WA0064 IMG 20201023 WA0060 IMG 20201023 WA0067

 

GONG KEDAK, 23 Oktober 2020 – Program Seni Keibubapaan atau Parenting Skills anjuran ATM/PERNAMA Tahun 2020 Peringkat Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan dan disempurnakan oleh YBhg Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM, Komander Pangkalan.

Penceramah Cemerlang dari Intelligent Mission, Negeri Kelantan Tn Hj Shamsi bin Shamsudin telah dijemput sebagai Fasilitator Undangan untuk bengkel ini.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada para ibu bapa yang hadir tentang peranan, karakteristik dan tanggungjawab mereka yang boleh dimanfaatkan dalam memastikan kecemerlangan anak-anak demi masa depan mereka dengan perancangan pendidikan, kasih sayang, menyediakan keperluan asas dan menjaga keselamatan anak-anak. Secara amnya bengkel singkat ini memfokuskan kepada peranan dan amanah ibu bapa melahirkan anak-anak tentera yang berjaya serta berpotensi kerana mereka merupakan aset, harapan dan kebanggaan kepada agama, bangsa dan negara kelak.

Turut hadir dalam program ini Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan dan wakil PERNAMA Pn Nur Aini bin Sha Rudin. Semua yang hadir mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan.