![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 13 Julai 2025 - Sesi Semakan Akhir Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) bagi Program 'Recognition of Prior Experiential Learning' (RPEL) telah dilaksanakan selama tiga hari di Akademi Tentera Udara (ATU) bermula pada 11 hingga 13 Jul 25.
Program seumpama ini dijalankan secara julung kalinya melibatkan peserta perintis seramai 22 orang daripada Cawangan Muzik dan Kesenian (MUKES) bertempat di Auditorium Nuri ATU dengan bimbingan Pegawai Pembimbing yang diketuai oleh Lt Kol Dr. Siti Haizam binti Mohd Zin.
Semakan Akhir ini berlanjutan dengan program tajaan TUDM (pilot project) dalam bidang Kepimpinan Muzik dengan perolehan pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) sebelum diperluaskan kepada anggota TUDM. Ianya adalah seiring dengan Pelan Strategik TUDM bagi memperkasakan kemahiran kendiri dalam kalangan anggota dengan kerjasama PERHEBAT yang akan bermula pada tahun 2026.
Program seumpama ini memberikan peluang kepada anggota TUDM melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan akan diperluas kepada ketukangan lain. Penutup bengkel ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir dan dihadiri pegawai-pegawai daripada MTU-Perkhidmatan serta staf sokongan lain.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan mengikut perancangan serta berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Semoga kesemua calon berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.