LABUAN, 20 Sep 23-Program Pendidikan Kesejahteran Keluarga Tahap 1 sehingga 5 di peringkat Pangkalan Udara Labuan dan Program Training of Trainers (TOT) telah diadakan bermula pada 19 sehingga 22 Sep 2023 dengan penglibatan Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat seramai 150 peserta mengikut Tahap masing-masing.
Majlis perasmian Program Pendidikan Kesejahteran Keluarga ATM in telah diadakan pada 20 Sep 2023 di Dewan Banquet Wisma Perwira Pangkalan Udara Labuan. Program in telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan dengan kehadiran barisan eksekutif pangkalan dan pengerusi BAKAT serta penceramah dan fasilitator, jemputan dari kalangan pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat KPA Pendidikan yang diketuai oleh Lt Kol Dr Azri bin Mokhtar@Ahmad, Ketua Sektor Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Arah Pendidikan.