PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK PU GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6

 

GONG KEDAK, 4 Apr 24 – Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Koperasi Tentera Cawangan Kota Bharu dan warga Kariah Beris Pak Abu telah mengadakan program memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadan di Perkarangan Masjid Ar-Raudhah, PUGK. Program ini merupakan tajaan bersama PU Gong Kedak, Koperasi Tentera Cawangan Kota Bharu dan warga Kariah Beris Pak Abu telah dimulakan pada jam 0800 dengan aktiviti menyediakan rempah oleh 40 anggota PUGK dan tujuh (7) kariah Kg Beris Pak Abu.

Majlis penyerahan bubur lambuk kepada warga PUGK dan kariah sekitar telah dilaksanakan oleh YDP Masjid Ar-Raudhah, Lt Kol Norhisham bin Mohd Noor TUDM. Sebanyak 750 bubur lambuk telah diberikan kepada wakil-wakil Skn, Cawangan dan wakil penduduk.

Turut hadir dalam majlis penyerahan bubuk lambuk adalah barisan Eksekutif Pangkalan. Terima kasih kepada Koperasi Tentera dan kariah Kg Beris Pak Abu kerana bersama sama pihak pangkalan menjayakan program ini.