PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN HUMAN FACTOR IN AVIATION MAINTENANCE (HFAM)

1 2
3 4

 

Butterworth, 10 Mei - Melalui kuasa yang diturunkan oleh Markas Tentera Udara Bahagian Kejuruteraan kepada Cawangan Kejuruteraan PU Butterworth, satu inisiatif telah dilaksanakan bagi menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan 'Human Factor in Aviation Maintenance (HFAM)' melalui platform Professional Enrichment Program Talks (PEP TALKS). Program ini telah dilaksanakan di Auditorium No 18 Skn, PU Butterworth.

Program ini melibatkan seramai 120 peserta daripada anggota Kejuruteraan yang bertugas di PU Butterworth. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada peserta Cawangan/Ketukangan Kejuruteraan berkenaan kesan 'human factor' semasa pelaksanaan senggaraan pesawat dan persenjataan TUDM. Perkara ini adalah penting bagi meningkatkan kualiti senggaraan pesawat dan memastikan persenjataan TUDM sentiasa dalam keadaan “Airworthy”.

Sepanjang program ini dilaksanakan, peserta telah didedahkan kepada 11 faktor utama yang menyumbang kepada 'human factor' semasa senggaraan. Faktor-faktor tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh pensyarah jemputan bagi memastikan semua peserta memahami dan menjadikannya sebagai garis panduan semasa melaksanakan tugasan sengaraan harian.

Program ini telah disampaikan oleh Mej Dr Ir Ts Arvinthan Venugopal TUDM dari Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA). Disamping itu, terdapat juga sesi pengkongsian pengalaman dan pengetahuan (experience and knowledge sharing) yang telah dilaksanakan oleh Kapt Jesslin Tan Ai May TUDM dan beberapa peserta semasa program dilaksanakan. Pengkongsian tersebut secara tidak langsung telah menjadi teladan dan iktibar kepada semua peserta yang hadir.