![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 23 Apr 25 - Seramai 150 kali Pegawai, anggota LLP dan Kakitangan Awam telah menghadiri Program Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang bertempat di Auditorium No. 18 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth secara serentak selama 10 minit di seluruh Malaysia.
Program ini merupakan program galakan membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 Apr setiap tahun untuk menggalakkan pembacaan, penerbitan dan hak cipta tempatan.
Semoga dengan adanya program ini dapat membawa impak yang besar dalam pembentukan masyarakat yang celik ilmu. Dengan komitmen yang berterusan dapat disemai dan dapat dijadikan sebahagian dari gaya hidup seharian.