ALOR SETAR, 22 Apr 21 - Program Jom Baca 10 Minit anjuran Seksyen Pendidikan KTU telah diadakan bertempat di Perpustakaan Kolej tentera Udara. Program ini merupakan salah satu program yang didasarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang mana telah diadakan secara serentak bagi seluruh Negara bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021.
Seramai 35 orang anggota LLP dan 15 orang pegawai telah hadir untuk program ini. Selain dari membaca, turut diadakan juga aktiviti 'Book Race' kepada para pengunjung yang bertuah dalam mencari buku berdasarkan kod dan tajuk yang diberikan. Antara pemenang yang bertuah adalah Kpl U Makaliral bin Omar, Sjn U Mohd Azam bin Zenol Abidin dan Kpl U Mohd Firdaus bin A. Bakar.
Hadiah kepada para Pemenang telah disampaikan oleh Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara, dan diiringi oleh Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, serta turut menyaksikan adalah Pegawai-pegawai Memerintah Kolej Tentera Udara.