ALOR SETAR, 21 Apr 22 - Program Jom Baca 10 Minit anjuran Seksyen Pendidikan KTU telah diadakan bertempat di Perpustakaan Kolej Tentera Udara. Program ini merupakan salah satu program yang didasarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang diadakan serentak di seluruh Negara bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2022.
Seramai 10 orang pegawai dan 60 orang anggota LLP telah hadir ke program ini. Selain dari membaca, turut diadakan juga aktiviti Explore Race dalam mencari buku berdasarkan tajuk yang diberikan dan Teka Jumlah Buku kepada para pengunjung yang bertuah.
Pemenang yang bertuah bagi acara Explore Race telah disandang oleh Sjn U Shaiful Johari bin Jaafar dari ITAS dan Kdt Muhammad Noraiman Hafizi bin Norzaini dari INSPEN 2 manakala Kpl Fatin Nur Syafiqah binti Mad Asri dari Pejabat Agama memenangi acara Teka Jumlah Buku. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abdul Jabar TUDM sambil diiringi oleh Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM dan disaksikan Pegawai-Pegawai Memerintah serta Ketua-Ketua Cawangan Kolej Tentera Udara.