PROGRAM JIWA MURNI PERINGKAT PANGKALAN DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA TUA NURUL SAADAH, JERTEH

DSC 4195 DSC 4244 DSC 4262
DSC 4303 DSC 4313 DSC 4319
DSC 4328 DSC 4336 DSC 4355
DSC 4361 DSC 4395 DSC 4416

 

GONG KEDAK, 15 Ogos 24 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Nurul Saadah, Jerteh, Terengganu.

Program Jiwa Murni ini merupakan antara program bagi Empat Teras Civil Military Cooperation (CIMIC) di bawah Pelan Strategik MINDEF PSM. Program ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti melibatkan warga TUDM selain daripada aktiviti ketenteraan – Military Operations Other Than War (MOOTW).

Program ini melibatkan 20 orang Pegawai, 100 orang anggota Lain-lain Pangkat dan 10 orang ahli Bakat Pangkalan. Program ini dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM. Turut hadir, Pengerusi Bakat Pangkalan, Mej Tytin Sabrina binti Mustapa TUDM dan barisan Eksekutif Pangkalan.

DSC 4423 DSC 4542 DSC 4608
DSC 4667 DSC 4709 DSC 4744
DSC 4769 DSC 4779 DSC 4796

 

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pembersihan kawasan sekitar, pembersihan surau dan mengecat tembok keliling kompleks Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Nurul Saadah.

Program juga disertai Kakitangan Klinik Ilham dan staf RSAT pangkalan yang melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada warga Nurul Saadah. Initiatif tambahan program ini adalah dengan mengadakan kolaborasi bersama Klinik Ilham, Kuala besut yang mana pemiliknya adalah Dr Atiqah binti Muhamad Rahizam yang merupakan Ahli BAKAT PU GK. Dikesempatan program tersebut, Komander dan isteri turut mengambil peluang menyantuni dan beramah mesra bersama warga Nurul Saadah.

Di akhir program, YBhg Komander Pangkalan telah menyampaikan papan tanda nama Pertubuhan Kebajikan Wargatua Nurul Saadah yang baharu kepada Puan Murni binti Mohd Harun, Pengurus Pertubuhan Kebajikan Wargatua Nurul Saadah, Jerteh.

Pihak pangkalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan dengan perlaksanaan program ini dapat mencapai objektif dan dapat diteruskan pada masa akan datang.