PASIR PANJANG, 27 Okt 22 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) melalui usaha kolaborasi antara Sekolah Pentadbiran, Sekolah Jasmani dan Sukan serta Pejabat Pendidikan, Pangkalan Udara Sendayan telah berjaya menganjurkan Program Jiwa Murni di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Negeri Sembilan.
Pengisian Program Jiwa Murni anjuran penuntut Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 13/22 ini merangkumi sesi gotong-royong bersama warga kampung, demonstrasi masakan rangsum tempur, aktiviti mewarna dan aktiviti flying fox bersama anak-anak kampung. Program diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati dari Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM yang diiringi oleh Pegawai Pendidikan Pangkalan Udara Sendayan, Mej Khairul Amir bin Abdul Malek kepada Ketua Kampung dan anak-anak kampung.
INSTAR akan berusaha meningkatkan pelaksanaan program seumpama ini pada masa hadapan dalam usaha meningkatkan kualiti hubungan baik yang sedia terjalin antara warga TUDM dengan masyarakat tempatan.