SUBANG, 29 Mac 24 - Program jelajah sempena taklimat Pelan Antirasuah (PAR) TUDM telah dikoordinasikan oleh pihak MTU-Perkhidmatan bagi memberikan pendedahan berkenaan PAR TUDM kepada semua Markas dan Pangkalan. Pangkalan Udara Subang, Markas Pemerintahan Operasi Udara dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara merupakan destini pertama bagi jelajah tersebut. Seramai 171 orang pegawai dan anggota telah meluangkan masa mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh PS 2 Integriti, Mej Zarizal TUDM daripada MTU-Perkhidmatan.
Beliau telah berkongsikan serba sedikit latar belakang dan kerangka utama PAR TUDM. Di samping itu juga, beliau turut memaparkan kisah-kisah berkenaan rasuah dan salah laku yang pernah disabitkan kesalahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semoga taklimat ini dapat meningkatkan tahap integriti pegawai dan anggota dalam merialisasikan impian pucuk pimpinan TUDM dalam menjadikan integriti sebagai tonggak utama TUDM.