PROGRAM IMUNISASI COVID-19 PERINGKAT ATM PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6
7 9 10

 

KUANTAN, 5 Mac 21 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM mendahului senarai penerima vaksin bagi Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) yang dilaksanakan di 815 RSAT Pangkalan Udara Kuantan (PU Kuantan) pada hari ini.

Turut menerima suntikan vaksin untuk imunisasi COVID-19 ialah Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM serta Komander PU Kuantan, Kol Zulkiffli bin Hj Musa TUDM dan pegawai-pegawai serta anggota dari MAWILUD 1 dan PU Kuantan.

PU Kuantan telah menerima ketibaan fasa 1 vaksin COVID-19 pada hari Khamis, 4 Mac 2021 dan program imunisasi ini terus dilaksanakan dengan segera dalam usaha mencegah jangkitan pandemik Covid-19 dengan mensasarkan penerima suntikan kepada warga ATM sebagai petugas barisan hadapan.

Program hari ini juga menyahut usaha kerajaan di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ke arah memerangi jangkitan wabak Covid-19 yang menjadi krisis kesihatan global sejak Mac 2020.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer