PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH ATM PANGKALAN UDARA KUCHING

1 2
3 4

 

KUCHING, 26 Mac 24 – Pangkalan Udara Kuching telah mengkoordinasikan Program Ikrar Bebas Rasuah ATM di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara. Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah ATM yang turut disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM dan seluruh warga Pangkalan Udara Kuching.

Aktiviti ini merupakan susulan arahan pelaksanaan IBR bagi semua peringkat pegawai dan anggota ATM. Perlaksaann IBR adalah sebagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi penekanan kepada ikrar yang dibuat oleh barisan kepimpinan organisasi dan warganya agar lebih bertanggungjawab dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sejurus selepas itu, Komander Pangkalan berpeluang menyampaikan ucapan ringkas kepada seluruh anggota pangkalan.