PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDM KE 63 DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 9095 DSC 9124 DSC 9140
DSC 9160 DSC 9173 DSC 9261

 

GONG KEDAK, 19 Ogos 21 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (NSNZ) Kuala Terengganu telah melaksanakan program derma darah bagi membantu pihak hospital yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah khususnya di negeri Terengganu.

Program ini merupakan inisiatif pihak pangkalan dan Unit Transfusi Darah HSNZ dalam membantu mereka yang memerlukan dan bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke 63 yang disambut pada 1 Jun 21 yang lalu

Program Derma Darah yang diadakan di Dewan Puteri pangkalan ini melibatkan dua Pegawai Perubatan, 15 Kakitangan Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta anggota RSAT Pangkalan yang terdiri dari seroang Pegawai Perubatan dan lima anggota RSAT serta dua orang staff PPK. Jumlah pendaftaran adalah seramai 122 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota LLP serta orang Awam dan hanya 115 orang yang yang layak menderma darah.

Turut serta menderma darah, Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Mohd Firdaus bin Wan Mohd Daud TUDM. Dalam Program ini juga, Pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM turut hadir bagi memantau dan semua penderma diarahkan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu serta bilangan penderma dihadkan masuk ke dalam dewan bagi mengurangkan kesesakan dan risiko jangkitan Covid -19.

Pihak Unit Transfusi Darah HSNZ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta Pangkalan Udara Gong Kedak khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.