PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ATM KE-89 DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

ATT 5530 ATT 5537 ATT 5549
ATT 5555 ATT 5562 ATT 5579

 

GONG KEDAK, 22 Sep 22 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu telah melaksanakan program derma darah bagi membantu pihak hospital yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah khususnya di negeri Terengganu. Program ini merupakan inisiatif pihak pangkalan dan Unit Transfusi Darah HSNZ dalam membantu mereka yang memerlukan dan bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89.

ATT 5597 ATT 5610 ATT 5615
ATT 5623 ATT 5625 ATT 5626

 

Program Derma Darah telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak ini melibatkan tiga Pegawai Perubatan dan 20 Kakitangan Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta anggota RSAT Pangkalan yang terdiri dari seorang Pegawai Perubatan dan tiga (3) anggota RSAT. Jumlah pendaftaran adalah seramai 123 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota LLP serta orang Awam dan hanya 111 orang yang yang layak menderma darah.

Pihak Unit Transfusi Darah HSNZ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta Pangkalan Udara Gong Kedak khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.