SENDAYAN, 26 Ogos 21 – 814 RSAT Pangkalan Udara Sendayan dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Mizan) telah melaksanakan Program Derma Darah bagi membantu pihak Pusat Darah Negara yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah.
Program yang diadakan di Foyer 814 RSAT melibatkan seramai 63 orang penderma merangkumi sembilan (9) Pegawai, 48 LLP dan enam (6) Kakitangan Awam.
Komander Pangkalan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM turut berkesempatan bagi melihat pelaksanaan program tersebut. Pihak HAT Mizan telah merakamkan penghargaan kepada pihak pangkalan di atas keprihatinan dalam membantu dan menjayakan program ini. Program ini telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP Covid-19.