![]() |
![]() |
![]() |
814 RSAT Pangkalan Udara Sendayan (PU SEN) bersama Hospital Tuanku Mizan (HAT MIZAN) telah mengadakan Program Derma Darah kali ke dua bagi tahun ini bertempat di Foyer 814 RSAT PU Sendayan. Tujuan program ini diadakan untuk membantu Pusat Darah Negara yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah.
Program Derma Darah ini telah disertai seramai 50 orang penderma yang terdiri dari warga Pangkalan termasuk kakitangan awam. Turut Hadir menyaksikan perlaksanaan program ini adalah Ketua Jabatan Patologi HAT MIZAN, Brig Jen (Dr) Ahmad Zakuan bin Kamarudin yang telah diiringi oleh Komander Pangkalan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM.
Disamping tujuan membantu bekalan Pusat Darah Negara, program ini juga bagi memupuk semangat di kalangan warga pangkalan untuk terus menderma bagi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan dan maanfaat kepada masyarakat.