SUBANG, 16 Januari 2024 - Markas Rejimen TUDM telah menganjurkan Tactical Shooting Instructor Course di Lapang Sasar Pistol Pangkalan Udara Subang. Kursus yang dijalankan selama 3 hari bermula pada 16-18 Januari 24 telah dihadiri seramai 25 peserta terdiri daripada 5 pegawai dan 20 anggota yang mempunyai Kursus Senjata Peg/PTT dari keseluruhan Skn/Flt HANDAU.
Objektif kursus yang dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kemahiran pengendalian senjata oleh anggota HANDAU terutama Tim Atur Cepat (TAC) dalam menghadapi sebarang ancaman pencerobohan dan sabotaj keselamatan di pangkalan dan tugas khas seperti Valuable and Strategic Assets in Transit (VSAIT), Military Operation In Urban Terrain (MOUT) dan Fly Away Security (FAS).
Sepanjang kursus yang dijalankan, semua peserta telah didedahkan dan dilatih untuk mengendalikan senjata semasa tembakan taktikal dan tatacara sebagai Pegawai Tapak Tembak atau Range Officer (RO) bagi latihan Tactical Shooting di Skn/Flt HANDAU. Peserta kursus juga telah dilatih untuk menguasai teknik menilai sasaran bagi menembak sasaran dengan lebih tepat dan pantas dalam pelbagai jarak dan kedudukan serta pembinaan reka bentuk sasaran mengikut peringkat tahap kesukaran.
Kursus yang dijalankan telah dibimbing oleh penceramah dan jurulatih jemputan iaitu Dato’ Cheng Kok Leong, merupakan penembak IPSC yang aktif dan pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan peringkat kebangsaan IPSC-2023 dan Naib Johan di peringkat antarabangsa IPSC-2023 serta pernah menjadi Ketua Tim dan jurulatih menembak Malaysia dalam Sukan SEA 2015 dan 2019. Beliau juga merupakan jurulatih di Kelab Menembak MAS. Pada hari terakhir kursus, En Master Foo Kah Hin Presiden Kelab Menembak MAS telah menunjukan demontrasi taktikal menembak IPSC bermula dari perancangan, pergerakan, TSM dan tembakan. Beliau merupakan pemegang rekod IPSC bagi Open Level Senior Category dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun sebagai jurulatih dan penembak IPSC.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Kol Amrul bin Yacob TUDM, Ketua Staf Operasi Keselamatan Markas Rejimen TUDM. Semasa ucapan penutup, beliau menegaskan bahawa keperluan latihan ini hendaklah diberi keutamaan di peringkat Skn/Flt HANDAU bagi mencapai tahap kompetensi yang tinggi dalam pengendalian senjata bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan melaksanakan tugas pertahanan darat selari dengan Tonggak ke-3 Perintah Ulung PTU iaitu Pemerkasaan dan Keupayaan Warga Udara