KUALA LUMPUR, 17 Jan 24 – Pejabat Jasmani, Markas Tentera Udara telah menganjurkan aktiviti ‘Hiking’ di Taman Tugu Negara sebagai Aktiviti Kecergasan Bulanan MTU bagi Bulan Januari, hari ini.
Aktiviti pada kali ini di sambut meriah dengan kehadiran seramai 13 pegawai dan 95 anggota LLP melibatkan setiap bahagian di MTU. Aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah ianya juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga MTU.