PERTUKARAN ANGGOTA 19 RAMD BAGI OPS KHAS SANDAKAN

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 27 Okt 2020 – Seramai 46 orang anggota dari 19 RAMD yang bertugas di OPS Khas Sandakan telah dibawa pulang bagi pertukaran anggota yang diterbangkan menaiki pesawat C130 dan tiba di Air Movement, Pangkalan Udara Butterworth.

Semua anggota terlibat telah menjalani saringan swab Test COVID-19 yang dilaksanakan oleh dua pegawai pergigian KKM dan dua pegawai perubatan tentera. Setiap anggota yang telah selesai membuat saringan diberikan annex dan gelang tangan kuarantin. Mereka yang baru pulang diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di 19 RAMD, Kem 6 Briged Sg Petani.

Seramai 15 anggota dari PKD SPU, anggota perubatan 816 RSAT yang diketuai oleh Mej Dr. Zarina Zakiah dan anggota 19 RAMD turut berkerjasama menjayakan tugasan ini. Terima kasih kepada pegawai dan anggota fasilitas, Ketua Cawang Material serta anggota dan petugas Air Movement PU Butterworth yang terlibat secara langsung bagi melancarkan proses saringan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer