PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-38 2024

1 2 3
4 6 5
7 8 9

 

KLANG, 29 Ogos 24 - Tahniah diucapkan kepada LU I Abdullah bin Rosli yang mendapat tempat ke-5 daripada 17 wakil johan negeri, wilayah, ATM dan PDRM bagi Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) di Hotel Wyndham Acmar.

LU I Abdullah yang mempertaruhkan karya Norazimah Abu Bakar yang bertajuk “Usah Disembunyi Mentari Menyinar” bagi mawakili ATM setelah dinobatkan sebagai Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kali Ke-38 Peringkat ATM 2024 melalui puisi “Potret Silam Di Muzium Bangsa” pada 6 Ogos lalu di Auditorium Binari, KEMENTAH, KL.

LU I Abdullah telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500, piala pusingan serta sijil penyertaan. Pencapaian LU I Abdullah adalah satu pencapaian yang amat membanggakan ATM. Semoga pencapaian ini menjadi pendokong semangat untuk semua anggota ATM agar lebih bersinar demi agama, bangsa dan negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer