PERTANDINGAN RKAT LLP TAHUN 2020 KAWASAN UTARA

1 5
6 8

IPOH, 5 November 2020 - Ketua Staf (KS) MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM selaku penaung Pertandingan Rumah Keluarga Aangkatan Tentera (RKAT) LLP TUDM tahun 2020 bersama tim penilai telah membuat lawatan pemeriksaan RKAT kawasan utara iaitu di Pangkalan Udara Butterworth pada 3 Nov 20, Kolej Tentera Udara pada 4 Nov 20 dan Akademi Tentera Udara pada 5 Nov 20.

KS MPOU juga turut meyampaikan hasrat pihak atasan berhubung tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai pengurusan RKAT oleh pangkalan dalam membudayakan penghuni agar menerapkan sikap kejiranan yang tinggi melalui kerjasama dalam menjaga kebersihan, keselamatan RKAT serta mewujudkan keceriaan melalui kreativiti, inovasi dan inisiatif masing-masing.

Hasil pertandingan bukan sahaja untuk merangkul kemenangan namun objektif utama ialah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli keluarga di tempat kediaman dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih optimum melalui medium pertandingan ini. Justeru, secara tidak langsung tahap motivasi anggota di tempat kerja akan lebih meningkat apabila tempat tinggal yang didiami bersih, ceria dan selamat untuk diduduki.