KUCHING, 26 Okt 22 – Pangkalan Udara Kuching telah berjaya menganjurkan Pertandingan Ragbi 7 Sebelah Antara Seksyen dibawah naungan PU Kuching 2022 melibatkan 8 pasukan.
Pertandingan yang berlangsung di Padang Ragbi, Kem Muara Tuang ini dianjurkan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di kalangan anggota pangkalan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Ragbi Antara Pangkalan TUDM 2023.
Johan pertandingan kali ini disandang oleh pasukan ragbi dari Skn 330 TUDM yang menumpaskan pasukan dari No 1 Skn sekali gus menyandang tempat kedua dengan mata 22 - 0, manakala tempat ketiga disandang oleh Cawangan Materiel setelah menumpaskan Cawangan Tadbir 12 - 0.
Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM telah menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang. Walaupun terdapat beberapa kecederaan serius dikalangan anggota, namun pertandingan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada pasukan yang menang.