SUBANG, 24 Sep 20 – Pemeriksaan Tahunan Markas Wilayah Udara 1 di Pangkalan Udara Subang telah dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hj Hamid TUDM. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan PU Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM serta semua Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang. Pemeriksaan tahunan ini telah dilaksanakan bermula 22 hingga 24 Sep 20.
Dalam sesi pemeriksaan tahunan ini, PANGWILUD 1 dan Tim Pemeriksa telah dibawa melawat ke sekitar Skuadron dan Cawang di pangkalan bagi mengetahui dengan lebih dekat pengoperasi dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap unit naungan MAWILUD 1 yang terdapat di PU Subang.
Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya kekurangan dan kelemahan skuadron di dalam ketiga-tiga pengauditan iaitu keselamatan, kesiagaan dan pengurusan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.
Pada hari terakhir pihak pangkalan telah mengkoordinasikan satu Majlis Makan Malam bersama semua deligasi MAWILUD 1 bertempat di Dewan D'Hornet, KRTU PU Subang.