PERJUMPAAN BULANAN KOMANDER PANGKALAN UDARA SUBANG

WhatsApp Image 2021 03 18 at 114718 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114719 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114719 1
WhatsApp Image 2021 03 18 at 114720 1 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114725 1 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114725

 

SUBANG, 17 Mac 21 - Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Perjumpaan Bulanan Komander Pangkalan yang telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP dan norma baharu dalam tempoh PKPB ini. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Eksekutif Pangkalan, Pegawai, anggota dan staf awam yang bertugas di Pangkalan Udara Subang.

Dalam majlis ini Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah melancarkan Sistem E-Defect Report yang merupakan salah satu projek Inovasi dan KIK pangkalan yang dibangunkan oleh Pejabat Senggara Komleks PU Subang.

Pada majlis yang berlansung, Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah melancarkan Sistem E-Defect Report yang merupakan salah satu projek Inovasi dan KIK pangkalan yang dibangunkan oleh Pejabat Senggara Komleks PU Subang. Sistem E-Defect Report ini merupakan salah satu platform bagi setiap warga pangkalan bagi menghantar sebarang laporan kerosakan yang berlaku samada di kediaman atau pejabat masing-masing untuk tindakan Pejabat Senggara Kompleks dan JKR TUDM Subang. Sistem yang dibangunkan ini juga adalah satu Sistem Pelaporan Kerosakan Mesra Pengguna yang bukan sahaja dapat dilayari di internet malah boleh dimuat turun di aplikasi telefon pintar masing-masing dan beroperasi 24 jam sehari.

WhatsApp Image 2021 03 18 at 114722 1 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114720 1 WhatsApp Image 2021 03 18 at 114724

 

Disamping itu, majlis turut diserikan lagi dengan Pelancaran Buletin Pangkalan. Ini merupakan hasil cetusan idea dari Komander Pangkalan yang mengilhamkan sebuah ‘scrapbook’ dengan mengumpul setiap aktiviti signifikan yang diadakan di pangkalan ini. Justeru satu Tim Editor yang diketuai oleh Mej Zuliana TUDM telah dibentuk untuk menghasilkan Buletin Pangkalan Udara Subang ini. Edisi sulung tersebut telah diserahkan kepada semua Pegawai Memerintah dan Ketua Cawang Pangkalan sebagai simbolik pelancaran kepada warga pangkalan.

Di dalam perjumpaan ini turut disertakan dengan penyampaian Sijil Khidmat Terpuji kepada pegawai dan anggota yang telah terpilih berdasarkan khidmat kerja terpuji dan teliti yang membantu mengelakkan dari berlakunya insiden yang tidak diingini kepada aset-aset udara yang terdapat di pangkalan ini.

Selain dari itu, Komander Pangkalan turut menyampaikan Sumbangan Bantuan Tabung Zakat ATM yang kepada pegawai dan anggota-anggota yang mempunyai waris sakit kronik dan tanggungan anak bersekolah yang ramai.

Di dalam ucapan yang disampaikan, Komander Pangkalan telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua atas semua kejayaan dan pencapaian yang berjaya dicapai oleh Pangkalan Udara Subang sepanjang dibawah tampuk pemerintahan beliau. Banyak kejayaan yang manis dapat dicapai antaranya yang terbaru adalah pencapaian cemerlang pangkalan pada Audit Bahagian Inspektorat TUDM baru-baru ini.

Selain dari itu, Brig Jen Omar TUDM turut mengingatkan kepada semua anggota tentang kepentingan tugas dan peranan yang perlu dipegang teguh oleh setiap Middle Level Managers yang terdapat di setiap unit untuk membantu pihak pengurusan pangkalan mengekalkan kecemerlangan yang dicapai. Komander Pangkalan juga mengingatkan agar setiap warga pangkalan untuk mempunyai tahap disiplin yang tinggi pada sebilang masa dan menyatakan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku tatatertib dan pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh semua pihak.