PERJUMPAAN AKS TADBIR BERSAMA PTTK CAWANGAN MUKES DAN CAWANGAN ISTIADAT SERTA TAKLIMAT WBL 2.0

WhatsApp Image 2025 01 21 at 112708 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112710 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112709
WhatsApp Image 2025 01 21 at 112712 1 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112712 2 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112712
WhatsApp Image 2025 01 21 at 112715 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112710 1 WhatsApp Image 2025 01 21 at 112711

 

SUBANG, 20 Januari 2025 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah mengadakan perjumpaan bersama PTTK Cawangan Muzik & Kesenian TUDM (MUKES) dan Cawangan Istiadat bertempat di Auditorium MUKES, Pangkalan Udara Subang.

Dalam perjumpaan tersebut, AKS Tadbir telah mengingatkan kepada para PTTK berkenaan nilai-nilai yang perlu ditanam dalam diri setiap anggota sepanjang di dalam perkhidmatan iaitu ‘Knowledge, Attitude, Skill & Integrity’ bagi meneruskan legasi kecemerlangan organisasi TUDM.

Beliau juga turut memberi penerangan dan pendedahan mengenai ‘Plan Monitoring Control Cycle’ (PMC Cycle) yang perlu ada oleh setiap anggota dalam melaksanakan tugasan agar setiap perancangan yang dirancang berada di landasan yang betul dan mencapai matlamat mengikut perancangan yang telah dibuat. Selain itu, AKS Tadbir juga turut berkongsi mesej-mesej penting yang telah disampaikan oleh YB Menteri Pertahanan semasa Amanat MENHAN 2025.

Dalam pertemuan ini juga, turut dilaksanakan sesi taklimat 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐎𝐑𝐊 𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝟐.𝟎 (WBL 2.0) oleh Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM, PS 2 Pendidikan. Pelaksanaan WBL 2.0 merupakan salah satu inisiatif Kementerian yang bertujuan untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran anggota dengan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi bagi mendapatkan kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan kelak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer