PERHIMPUNAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTAR SIRI 2 TAHUN 2025 DAN PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 82/25 SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTAR KE - 53

2 3 4
5 7 6

 
SENDAYAN, 8 Okt 25 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Perhimpunan Pegawai Memerintah INSTAR Siri 2 bagi tahun 2025 dan Perasmian Pembukaan Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 82/25 sempena sambutan Hari Ulang Tahun INSTAR Ke - 53 bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR. Perhimpunan ini melibatkan 3 flait perbarisan dan ketua perhimpunan diketuai oleh Kapt Muhammad Annas bin Azman TUDM. Perhimpunan pada kali ini terdiri daripada 4 pegawai dan 136 anggota LLP melibatkan Penuntut Kursus daripada Trade Instructor Course (TIC) - Admin Siri 18/25, Kursus Asas Pegawai Tadbir (KAPT) Siri 49/25, Kursus Jurulatih Jasmani Peningkatan Kelas I Siri 6/25, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 25/25, Kursus Pembantu Pertahanan Kelas 1 Siri 82/25 dan Kursus Jurulatih Jasmani Kelas I Siri 8/25. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh semua pegawai, jurulatih serta kakitangan Tadbir Awam yang berkhidmat di INSTAR.

Perhimpunan dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah INSTAR diikuti dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada Startech Innovator Team selaku Tim Inovasi INSTAR tahun 2025 yang telah memperolehi tempat ketiga Bidang Penyampaian Pekhidmatan Kategori Penambahbaikan dalam Majlis Anugerah Inovasi Peringkat TUDM tahun 2025. Pegawai Memerintah INSTAR turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 2 anggota LLP INSTAR yang telah berjaya merangkul anugerah penuntut terbaik kursus. Anggota-anggota LLP INSTAR yang terlibat ialah Sjn U Abdul Karim Jais dari Sekolah Pentadbiran yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kawad Terbaik dalam Kursus Pengurusan Kawad dan Istiadat Siri 36/25 manakala Kpl U Jakry Pindeh dari Bahagian Bantuan pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penuntut Akademik Terbaik dalam Kursus Jurulatih Kawad Pasukan Siri 86/25. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota LLP INSTAR yang telah menempa kejayaan dalam Majlis Anugerah Inovasi Peringkat TUDM tahun 2025 dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam kursus kawad.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah INSTAR pada perhimpunan kali ini, beliau menyeru semua warga INSTAR mendoakan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) yang bertujuan meringankan penderitaan rakyat Palestin. Seterusnya beliau menekankan peringatan Menteri Pertahanan Malaysia agar semua warga INSTAR tidak menyalahgunakan pangkat dan kedudukan yang diamanahkan untuk melakukan perkara-perkara negatif. Beliau juga memetik ucapan Yang Berbahagia Panglima Tentera Udara semasa penyampaian Perintah Ulung PTU iaitu "Kepimpinan bukan tentang pangkat, tetapi tanggungjawab. Seperti Umar Al-Khattab yang sanggup memikul guni gandum demi rakyat, dan Umar Abdul Aziz yang mengurangkan perbelanjaan istana untuk kebajikan umat, saya juga komited untuk memimpin TUDM dengan adil, amanah dan telus". Pegawai Memerintah INSTAR juga menerangkan arahan terkini Panglima Tentera Udara dalam pelaksanaan Program Kecergasan yang dikenali sebagai P28, iaitu Program BMI Bawah 28 yang bertemakan "Fit, Focus, Fierce".

Perhimpunan diakhiri dengan Pegawai Memerintah INSTAR merasmikan pembukaan Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 82/25 yang sedang berlangsung selama 16 minggu mulai 6 Okt 25 dan dijangka akan tamat pada 27 Feb 26. Beliau mengakhiri ucapan dengan menegaskan keperluan semua warga INSTAR melaksanakan tugas dengan amanah demi kepentingan perkhidmatan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN