KUALA LUMPUR, 7 Feb 24- Provos Marsyal Udara, Lt Kol Norazan bin Md Amin TUDM telah menghadiri perbincangan bantuan kepakaran bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Bukit Aman, YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain di pejabat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM hari ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan permohonan kepakaran tenaga pengajar dari pihak PDRM dalam pelaksanaan kursus-kursus kepakaran yang dianjurkan oleh CPM TUDM. Kursus-kursus kepakaran yang bakal menjadi fokus utama pihak CPM TUDM adalah kursus kepakaran analisa cap jari dan analisa dokumen bagi memperkasakan hasil siasatan yang lebih konkrit dan konklusif.
Dengan adanya kerjasama di antara dua agensi ini, diharap dapat memberi manfaat secara keseluruhannya dan seterusnya memartabatkan imej TUDM khususnya dan ATM amnya.