PERBARISAN ULUNG KOMANDER PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 22 Mac 22 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Perbarisan Komander Pangkalan bertempat di Dispersal Hangar Cawangan Kejuruteraan yang dihadiri oleh semua eksekutif pangkalan, Pegawai dan anggota LLP yang berkhidmat di pangkalan ini.

Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Azrul bin Nordin TUDM dari No 10 Skn dengan kekuatan lima (5) orang pegawai dan 172 anggota LLP dalam medan perbarisan.

Perbarisan kali ini telah berlangsung acara pemakaian pangkat kepada 13 orang anggota LLP oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM. Disamping itu, perbarisan kali ini turut diserikan dengan penyampaian Sijil Khidmat Terpuji kepada 2 orang anggota dari No 10 Skn yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang serta ketelitian dalam melaksanakan tugas Pre Flight Check terhadap pesawat EC 725 AP.

7 8 9
11 12 13

 

Ini merupakan perbarisan ulung buat Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM selepas memegang tampuk pemerintahan Pangkalan Udara Kuantan. Di dalam ucapan Komander Pangkalan telah menyatakan hasrat dan harapan beliau sempena permulaan beliau menaungi Pangkalan Udara Kuantan. Beliau juga telah menzahirkan penghargaan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menerima Sijil Khidmat Terpuji.

Hadir bersama dalam perbarisan ini, Pegawai Eksekutif Pangkalan; Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM, Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawangan.

Perbarisan ini telah dilaksanakan dengan mengikut sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid- 19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).