PERBARISAN SUKU TAHUNAN AKADEMI TENTERA UDARA

DSC 0650 DSC 0653 DSC 0666
DSC 0711 DSC 0729

 

IPOH, 24 Dis 24 – Seramai lima (5) pegawai dan 151 anggota LLP telah terlibat dalam Perbarisan Suku Tahunan Akademi di Padang Kawad A. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Ahmad Aizuddin bin Abd Rahim TUDM dan Kapt Mawarni binti Nazar Rudin TUDM sebagai Ajutan Perbarisan. Manakala Pegawai Tabik Hormat adalah Kol Rafiddee bin Dollah TUDM, Komandan Akademi Tentera Udara.

Turut diadakan adalah upacara pemakaian pangkat anggota LLP serta penyampaian sijil penghargaan kepada Jurulatih dan Staf Bantuan Cemerlang untuk suku tahun keempat bagi tahun 2024. Di samping itu, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM turut menzahirkan setinggi -tinggi penghargaan kepada PW U II Muhammad Faris bin Saiful Bahrin yang telah dianugerahkan sebagai 'Airman of The Year' bagi kategori 'Pegawai Waran'.

Dalam ucapan beliau , Komandan menyampaikan amanat kepada warga Akademi agar terus mengekalkan tahap disiplin dan sahsiah diri yang tinggi serta meneruskan budaya kerja yang cemerlang sebilang masa. Beliau turut menekankan bahawa garis panduan budaya kerja yang perlu diamalkan oleh setiap warga ATU adalah selari dengan Nilai Teras TUDM. Selain itu, beliau turut memberi penekanan terhadap adab hormat-menghormati dalam kalangan warga ATU agar hubungan silaturahim yang terjalin manjadi lebih harmoni.

Komandan seterusnya memberi kata-kata penghargaan kepada semua warga ATU yang telah terlibat dalam aktiviti tahunan Akademi untuk tahun 2024. Malah, beliau turut menegaskan setiap aktiviti sukan perlu diperuntukkan latihan yang mencukupi agar dapat mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Beliau juga menyeru semua warga Akademi untuk bersedia dengan penganjuran Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 68/24 yang dijangka berlangsung pada bulan Februari 2025.

Warga Akademi Tentera Udara mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta penerima anugerah pada perbarisan kali ini. Semoga dengan penghargaan dan kepercayaan yang diberikan dapat menitipkan semangat lebih jitu serta membantu memacu kecemerlangan Akademi selaras dengan moto, Cergas Berdisiplin.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer