![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
LABUAN, 9 Julai 2025 – Perbarisan Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Pegawai Waran Pangkalan Udara Labuan telah berlangsung di Dispersal Area, Pangkalan Udara Labuan hari ini.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas antara PW U I Mohd Idris bin Mohd Arifin kepada PW U I Khairul Izwan bin Ammir yang menerima tanggungjawab sebagai Pegawai Waran baharu Pangkalan Udara Labuan.
Upacara ini telah disaksikan oleh Lt Kol Zulkifli bin Mohamad TUDM, Pemangku Komander Pangkalan Udara Labuan serta disertai oleh warga pangkalan dalam suasana penuh penghormatan.
PW U I Mohd Idris akan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 6 Disember 2026 selepas menabur bakti selama 26 tahun dalam perkhidmatan.
Pihak Pangkalan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Dalam masa yang sama, tahniah diucapkan kepada PW U I Khairul Izwan atas pelantikan beliau. Seluruh warga PU Labuan berharap agar beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah sebagai Pegawai Waran Pangkalan Udara Labuan yang baharu.