![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 28 Ogos 2026 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah hadir menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) yang telah berlangsung di Padang Kawad INSPRA.
Upacara penuh istiadat ini telah menyaksikan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Komandan oleh Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM kepada Kol Azuha bin Mat Ail TUDM menerusi penyerahan nota serah terima tugas. Upacara tersebut bukan sahaja menandakan perubahan pucuk pimpinan, malah mencerminkan kesinambungan amanah dalam memperkukuh peranan dan kecemerlangan INSPRA.
INSPRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui INSPRA. Sumbangan beliau telah mengukuhkan asas kecemerlangan yang menjadi kebanggaan warga INSPRA.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kol Azuha bin Mat Ail TUDM atas pelantikan sebagai Komandan INSPRA yang baharu. Pelantikan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerusan kecemerlangan di samping memperkukuh kepimpinan, kebajikan warga serta pencapaian INSPRA dalam mendepani cabaran semasa. Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta komitmen demi mencapai visi dan misi INSPRA.












