PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN MATERIEL PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

BAZ 6087 BAZ 6093 BAZ 6144
BAZ 6176 BAZ 6238 BAZ 6258

 

GONG KEDAK, 19 Jul 22 – Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah hadir ke Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel di Perkarangan Pejabat Cawangan Materiel PU Gong Kedak. Perbarisan pada pagi ini terdiri daripada tiga (3) Pegawai dan 53 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Amrin bin Anuwar TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan pula adalah PW U I Mohd Saiful Anuar bin Jusoh.

Semasa upacara perbarisan, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel di antara Lt Kol Rafidi Anuar bin Abu Samah TUDM dengan Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM sambil disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak.

BAZ 6269 BAZ 6288 BAZ 6296
BAZ 6319 BAZ 6341 BAZ 6352

 

Seterusnya, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM telah menerima tabik hormat dari anggota perbarisan sebagai Ketua Cawangan Materiel yang baharu. Majlis di akhiri dengan penyempurnaan pemakaian pangkat oleh Komander Pangkalan kepada LtM Muhammad Syahizad Adlishah bin Shamsul Azhar TUDM dari Cawangan Operasi yang dinaikkan pangkat ke Leftenan TUDM.

Seluruh warga PU Gong Kedak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lt Kol Rafidi Anuar bin Abu Samah TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Cawangan Materiel selama hampir 4 tahun. Beliau akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan menjawat jawatan sebagai PS 1 Pembelian. Tahniah juga kepada Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM yang diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Cawangan Materiel di PU Gong Kedak. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.