KUANTAN, 10 April 23 – Skuadron 320 telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Bangunan TACCOM. Perbarisan pada pagi ini dimulakan dengan Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan barisan
Semasa perbarisan ini diadakan, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM turut menyempurnakan pemakaian kepada tujuh (7) anggota LLP.
Pegawai Memerintah dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan semoga menjadi pemangkin semangat kepada anggota lain. Dalam kesempatan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota skn kerana telah memberikan kerjasama yang baik semasa pemeriksaan Markas Wilayah Udara 1 dijalankan, dan beliau berharap agar kerjasama sebegini dapat diteruskan semasa pemerikasaan IGTU yang akan berlangsung pada bulan Mei kelak. Diakahir ucapan, beliau turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pegawai dan anggota muslim.