BUKIT KUBONG, 31 Disember 2020 – Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Skn 340 telah berjaya dilaksanakan di Padang Kawad Tadbir Skn 340. Selepas melakukan pemeriksaan barisan, Pegawai Memerintah Skn 340 TUDM Bukit Kubong, Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM telah memberikan ucapan terakhir beliau sepanjang 2 tahun 10 bulan menggalas tugas sebagai Pegawai Memerintah di skn ini.
Di dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Skn 340 yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama sepanjang keberadaan beliau di Pulau Labuan amnya dan Skn 340 TUDM khasnya. Beliau turut mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi oleh pihak skn baik di peringkat TUDM mahupun ATM serta berharap agar ianya dapat diteruskan di bawah pucuk pimpinan yang baharu kelak.
Perbarisan ini terdiri daripada dua orang pegawai dan 22 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan tersebut diketuai oleh Mej Mohd Najip bin Masduki TUDM, Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Helman bin Zakariah TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohamad Asraf bin Zakaria.