BUTTERWORTH, 22 NOV 21 – Perbarisan Pegawai Memerintah No 15 Skuadron telah diadakan di Barisan Pertama No 15 Skuadron, PU Butterworth. Perbarisan terdiri daripada empat (4) Pegawai dan 102 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Mohd Firdaus bin Mohd Noor Arif TUDM.
Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah No 15 Skuadron, Lt Kol Mohd Hafiz bin Hj Abu Bakar TUDM. Seterusnya, acara perbarisan diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah No 15 Skuadron.
Beliau mengingatkan agar warga No 15 Skuadron sentiasa fokus dengan “Core Business” iaitu dalam menghasilkan bakal juruterbang pejuang dan juruteknik pesawat Hawk disamping memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan No 15 Skuadron. Malah, beliau menitikberatkan soal keselamatan tidak kira dalam tugas penerbangan, pengendalian pesawat, domestic mahupun di rumah agar Fleet Hawk sentiasa dalam lindunganya, setiap masa.
Perbarisan ini telah dilaksanakan dengan mengikut sepenuhnya SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).