LABUAN, 18 Dis 20 - Perbarisan Komander Pangkalan Udara Labuan telah dilaksanakan sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya. Perbarisan ini merupakan perbarisan pertama yang dilaksanakan setelah Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dilantik menjadi Komander Pangkalan Udara Labuan. Sepanjang perbarisan berlangsung, terdapat beberapa penyampaian anugerah telah dilaksanakan seperti Penyampaian Piala ‘Excellence Governance in Safety Sqn/Wing Of The Year', Penyampaian Sijil ‘Good Show Award', Pemakaian Pangkat serta Penyampaian Sijil Kursus Penyelia Keselamatan Siri 11/2020.
Semasa ucapan beliau, YBhg Komander telah menekankan beberapa aspek penting seperti kepentingan sikap positif dalam diri setiap warga PU labuan yang mana akan menjanjikan kejayaan dalam sesebuah organisasi, keselamatan diri dan keluarga dalam melawan wabak Covid 19 serta kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugas. Perbarisan tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dan mengikut semua SOP Norma Baharu yang telah ditetapkan.